Ucapan Istimewa ON Wednesday, 12 November 2014 AT 05:59
Assalamualaikum.
Aku nak kongsi sikit cerita tentang
"Indahnya Cinta" Well maksud indahya cinta tu bukan lah cinta pasal remaja zaman sekarang ni. Kisah ni tentang kekasih Allah S.W.T. Aku nak nak kongsi cerita ni sebab cerita ni sangat lah mendalam. Penuh dengan cinta dan sayang seorang hamba terhadap Tuhannya. Tajuk cerita ni
Ucapan Istimewa.
"Lihatlah Julaibib itu. Dia tidur di mana-mana sahaja apabila penat," kata salah seorang sahabat Nabi Muhammad apabila terpandang Julaibib berbaring di masjid.
"Tidak kira di mana-mana sahaja."Pada zaman Nabi Muhammad, bangunan masjid hanyalah beratapkan daun-daun tamar dengan batang-batangnya sebagai tiang. Tanah berpasir itulah lantainya.
"Kita semua tahu dia sebatang kera," balas sahabat yang lain pula.
"Tiada saudara mara."
Mereka terus memerhatikan keadaan Julaibib yang serba kekurangan. Pakaiannya yang lusuh dan kakinya yang tidak pernah dilihat berselipar. jelas sekali dia daripada keturunan yang tidak terhormat dan tidak berharta. Dia makan apa sahaja dengan duit hasil upah yang diperolehnya. Apabila dahaga, dia meneguk air dari kolam yang disinggahinya dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.
Apabila selesai urusan hariannya, Julaibib menghabiskan masa di masjid. Dia berzikir, membaca kitab al-Quran dan sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali waktu sembahyang. Begitu juga apabila di medan perang. Dia juga turut maju menentang musuh Allah di barisan hadapan tanpa gentar di hati.
Pada suatu hari, Nabi Muhammad terpandang Julaibib lalu bertanya,
"Tidakkah saudara mahu berkahwin ?"
"Siapalah yang mahu mengahwinan anak gadisnya dengan saya," jawab Julaibib dengan nada sayu.
Julaibib tunduk hormat dan beredar. Nabi Muhammad memerhatikan Julaibib tanpa berkata-kata. Beberapa hari kemudian, Nabi Muhammad bertemu lagi dengan Julaibib dan bertanya soalan yang sama,
"Tidakkah saudara mahu berkahwin ?"Jawapan yang sama juga dijawab oleh Julaibib,
"Siapalah yang mahu mengahwinankan anak gadisnya dengan saya."
Beberapa hari kemudian, Nabi Muhammad bertemu lagi dengan Julaibib dan ditanya soalan yang sama,
"Tidakkah saudara mahu berkahwin ?"Jawapan daripada Julaibib juga tetap sama.
Nabi Muhammad mendekati Julaibib.
"Pergilah ke rumah si polan, seorang sahabar Ansar dan katakan kepadanya, Nabi Muhammad menyampaikan salam untuknya dan memintanya mengahwinkan anak gadisnya dengan saudara."Julaibib menatap wajah Nabi Muhammad sambil tersenyum. Dia segera beredar ke rumah yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad iaitu rumah seorang sahabat Ansar yang terhormat dan berkedudukan tinggi. Wajahnya berseri-seri. Dia mengetuk pintu rumah itu lalu memperkenalkan dirinya.
"Saya menyampaikan salam Nabi Muhammad kepada tuan. Nabi Muhammad meminta supaya tuan mengahwinakan anak gadis tuan dengan saya."Sahabat Ansar itu terkejut apabila mendengar kata-kata Julaibib, namun dia cuba bertenang.
"Selawat dan salam untuk Nabi Muhammad. Bagaimanakah saya boleh mengahwinkan anak gadis saya dengan saudara sedangkan saudara tidak mempunyai apa-apa ?"
Isteri sahabat Ansar yang berada si dalam rumah terdengar perbualan di antara suaminya dengan Julaibib. Dia turut terpinga-pinga dengan apa yang didengarinya.
"Nabi Muhammad meminta mengahwinkan anak gadis saya dengan Julaibib ? Seorang yang tidak mempunyai apa ?" wanita itu berbisik sendirian.
"Betulkah apa yang saya dengar ini ?"Perbualan itu pula turut didengari oleh anak gadis mereka yang berada tidak jauh dari situ. Dia mendekati ibunya yang sedang meninjau-ninjau keadaan di luar rumah.
"Adakah ibu dan ayah menolak permintaan Nabi Muhammad ?"Ibunya menoleh dengan wajah terkedu mendengar soalan uang anak gadisnya itu. Ayahnya mengjenguk apabila terdengar isteri dan anak gadisnya sedang membicarakan sesuatu.
"Apakah yang kamu berdua bualkan ?""Adakah ibu dan ayah menolak permintaan Nabi Muhammad ?" anak gadis mereka bertanya lagi.
Suami dan isteri itu saling berpandangan.
"Saya tidak menolak permintaan Nabi Muhammad. Beliau menghantar seorag calon suami yang sudah tentu memberi saya kebahagian dunia dan akhirat," kata anak gadis itu dengan penuh yakin.
Sekali lagi, pasangan Ansar itu saling berpandangan. Jelas sekali mereka kebingunan. Manakala Julaibib mengdengar kata-kata gadis mereka manadah tangan mengucapkan kata-kata syukur kepada Allah kerana dipermudahkan segala urusannya.
Lalu, berkahwinlah Julaibib dengan gadis Ansar yang dipilih oleh Nabi Muhammad. majlis perkahwinan yang penuh berkat itu berlangsung dengan meriah. Tidak lama kemudian, datanglah seruan untuk ke medan perang. Julaibib tidak mahu melepaskan peluang. Cita-citanya bagi mendapat syahid tetap tidak berubah walaupun sudah berkahwin.
Isterinya melepaskan pemergiannya dengan rasa bangga penuh di dada.
"Pergilah. Saya doakan semoga Allah menunaikan cita-cita suci abang."Julaibib menggenggam erat tangan isterinya. Menatap wajah mulia isterinya sepuas hati seolah-olah wajah itu tidak dapat ditatapnya lagi. lalu terus berpaling dan melangkah pergi. Dia menyarung pedang dan terus melompat naik kudanya.
"Allahu Akbar !"
Hentakan kaki kuda bersama tuannya terus bergerak pantas menyertai pasukan tentera Islam. Laungan
Allahu Akbar bergema di sepanjang laluan tentera Islam menuju ke medan juang. Sebaik sahaja tiba di medan perang, berlakulah pertempuran mati-matian mempertahnkan agama Allah.
Akhirnya, kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Jasad tentera Islamyang terkorban dikira dan dicatatkan nama mereka seorang demi seorang.
"Catatkan dan pastikan tidak ada yang tertinggal," kata salah seorang daripada mereka yang datang memberi bantuan.
Turut hadir di situ adalah Nabi Muhammad yang memeriksa jasad-jasad yang terkorban satu demi satu sambil mendengar sahabat-sahabatnya berbual memperkatakan berkaitan kesedihan nama-nama besar yang terkorban.
"Kematian mereka adaah satu kehilangan yang besar kepada kita," kata salah seorang daripada mereka.
Dalam senarai nama mereka yang terkorban, tidak ada nam Julaibib. Julaibib pula tidak kelihatan di kalangan tentera-tentera Islam yang tercerdera atau di kalangan tentera-tenterayang memberi bantuan. Nabi Muhammad meneliti jasad-jasad yang terbujur kaku sekali lagi sehingga beliau terlihat sekujur jasad yang bersalut debu lalu mendekatinya.
"Saya kehilangan Julaibib," kata Nabi Muhammad sambil membersihkan wajah yang tertutup debu itu. Air matanya mengalir sedang terus mengusap wajah Julaibib.
"Saudara membunuh tujuh orang tentera musuh dan kini saudara pula yang terbunuh."Sahabat-sahabat segera mendekati Nabi Muhammad yang duduk di sisi Julaibib. Kata Nabi Muhammad lagi,
"Saudara adalah sebahagian daripada saya dan saya adalah sebahagian daripada saudara."Sahabat-sahabat yang ada di situ saling b erpandangan. Nabi Muhammad mengulangi lagi kata-kata yang sama,
"Saudara adalah sebahagian daripada saya dan saya adalah sebahagian dari saudara."Nabi Muhammad terus berkata lagi, mengucapkan kata-kata yang sama beberapa kali. Ucapan itu adalah hadiah istimewa bagi Julaibib. Hadiah yang tidak ternilai harganya yang menggambarkan kasih sayangnya kepada Julaibib sebagai membalas kecintaanya. Tercapailah cita-cita tertinggi Julaibib, mati syahid di medan tempur.
(
ditaip semula oleh 'NurAnisa' )