5 lil fabs ON Friday, 17 March 2017 AT 10:27
5 lil fabs ? LOL sorry kitaorang takde nama group pun. Kitaorang sama dorm,
Dorm 4. Cerita dia sebenarnya aku start rapat dengan dorang berempat tu masa
form 4. Hujung tahun
2015 aku jarang duduk dorm aku ada sebabnya. So aku selalu lepak aras atas. Balik sekolah je, gerak terus aras atas. Hujung minggu takyah cakap ah memang aku tidur dekat dorm-dorm aras atas. Sampai ada budak-budak ni kata aku ni macam tidur merempat hahaha. Tapi aku suka je jalan jalan dorm orang, dari situ aku kenal budak budak ni. Aku suka datang
Dorm 12, Dorm MT2, Dorm 11 (jarang masuk sebab budak budak dia macam garunk) &
Dorm 13 paling aku suka lah. Mostly semua dalam tu aku rapat hehe. Even kekadang
Atin & Zatiy saja gurau nak halau aku, aku tak terasa pun. Sebab memang dah rapat dengan dorang.Tapi serious ah weh aku tak rugi and aku tak menyesal langsung jadi kutu rayau. Tidur merata-rata dekat dorm orang. Tak tahu lah dorang ikhlas ke tak bagi aku tidur dorm dorang tapi alhamdulillah dorang layan aku baik je hehe. Aku paling rapat dengan
Dorm 12 and
Borm 13. Birthday budak dorm dorang, dorang datang bawah pergi dorm aku pastu ajak aku join sekali. Sangat terharu tau. Kekadang diorang turun panggil aku just nak ajak aku makan sesama dengan diorang. Ya Allah sumpah terharu tau. Sayang
Dorm 12 &
Dorm 13 hihi. Tapi aku tak pernah lupa dorm asal aku ea,
Dorm 8. Even aku ada problem dengan dorm tu tapi aku still sayang tau huhu. So aku decide nak ambil hati dorang sebab lama dah tak tidur dekat dorm tu, aku outing balik rumah. Pastu pergi giant beli barang dapur nak masak untuk
Dorm 8. Aku masak terung goreng, sambal tempe and nasi putih. Alhamdulillah semua dapat makan hehe cukup je. Even simple je tapi diorang bagi fedback yang positive, aku gembira diorang makan dengan kenyang. Ehh back to topic, masuk tahun
2016. Aku senanya dapat
Dorm 5 tau tapi disebabkan pertolongan
fatin alia and ielya so aku dapat
Dorm 4 sama dengan dorang. Baiknya hati save kan tempat aku untuk dorm 4 tu, aku malas nak duduk dorm atas sebab susah nak angkat barang and aku pun ada masalah kesihatan. Aku potong semua yang beratur panjang tu terus pergi dekat pintu pengurus asrama. Dorang tunggu aku lama gila nak sampai dekat sekolah huhu sorry babe. Masuk je
Dorm 4 aku pilih lah katil dengan locker. aku dapat locker naisss tapi katil pula dapat katil atas huhuhu so saddddddddd ! Tapi lagi menyedihkan katil aku tu nak roboh dah tau. kaki dia bengkok. Aku dapat tidur dekat situ sampai bulan 2 je lepas tu aku dah rasa takut nak tidur katil sendiri sebab kang kalau roboh kesian atin kena himpap dengan aku hahahaha. Tetiba masuk lak metro
"Seorang pelajar Teknik Tuanku Jaafar mati dihimpap katil kawannya" HAHAHAHAHAHA ! *k aku terhibur* So aku pun pindah katil bawah (katil
ielya & atin). Mula-mula macam okay jelah tidur katil bawah tu tapi dah lama tu aku rasa serba salah dengan dorang berdua sebab aku sendiri boleh rasa dorang tidur tak lena sangat sebab ada aku. Atin dengan panasnya lagi, ielya macam okay je aku tengok sebab dia tidur mati doh hahahaha. So aku pun jadi orang nomad balik macam time aku form 4 dulu, asyik tukar tempat tidur je. Aku tidur
Dorm 3 lah,
dorm zatiy lah. Kekadang tidur dalam dorm sendiri gak tapi katil beza beza jela,
katil dayen, katil A'A, katil alin, katil timah, katil nisa', katil farahanis. Sedih sia hidup aku hahahaha tapi aku okay jelah. asalkan ada tempat untuk aku tidur. Kalau ada kacau katil orang tu aku minta maaf lah ye huhuhu. Anyway aku
PKD Dorm 4 hahahahahaha tah macam mana aku boleh terpilih, thanks percayakan ai walaupun aku ni takde lah banyak sangat buat kerja. hm pemalas pun ada gak aku ni. Asal gotong royong je aku lambat datang eh tak selalu lah lambat. Aku badar so selalu pergi surau jelah. pertengahan tahun tu jela yang start kemas bahagian asrama pula (sumpah malas nak kemas), paling aku rajin kemas locker hehehehe. Dalam dorm tu aku rasa locker aku jelah yang banyak benda. Dengan polaroidnya, lepas tu rantai gantung tah apa bendanya tah. Tapi banyak barang pun tersusun juga lerrrrrr, atas sekali bahagian buku-buku & fail, bahagian kiri gantung baju kurung, sweater & baju sekolah, bawanya tu selimut and bantal extra. Bahagian kanan tempat barang such as bedak spect jam & etc, bawahnya aku letak baju tidur, tshirt sukan & seluar seluar, bawah sekali aku letak makanan weeeee bahagian fav aku. Locker aku tak pernah kosong, always full with foods and drinks ! Aku sangat lah kedekut nak share makanan sebenarnya tapi kalau kesian tu aku bagilah sikit takde nak bagi banyak banyak. Lagipun budak budak ni jarang minta makanan dekat aku, kalau ada pun dorang nak beli jelah kot. Tapi aku jarang gak baik hati nak jual makanan aku sebab aku takut makanan aku tak cukup hahahahahaha aku jenis suka mengunyah semua benda. Kalau study takde benda nak kunyah nanti aku tak focus & aku boleh emo disebabkan makanan je weh aduhai HAHAHAHAHA. Aku rasa
atin pernah tengok kot aku emo sebab makanan. Hmm walaupun aku jarang tidur dorm sendiri tapi aku selalu gak lepak dengan budak budak ni. Balik sekolah borak sikit sikit dengan dorang, weekend borak dengan dorang kekadang study dengan
timah, ielya, zu, atin.
Atin jarang sikit belajar dalam dorm, dia belajar dengan
laini Dorm 1. Seronok gila belajar sejarah dengan
ielya and zu sebab
zu ni pandai gila sejarah. Aku pula tak tahu lah cane boleh pandai sejarah, dah lah jarang buat latihan, baca buku sejarah pun macam baca buku cerita, tak hafal lak tu Allahu. Rezeki Allah nak bagi tu. Dah dekat akhir tahun baru lah budak budak
Dorm 4 banyak bercakap yelah kalau aku tak banyak cakap tak paksa dorang borak, takdenya lahai dorang nak bercakap. Alhamdulillah dorang pun terima jelah bebelan
mak nenek jejang ni hah. Tak tahu lah ada yang stress ke ada yang menyampah ke hahahaahaha lantak kau lah yeeee. Aku tak suka lah tengok dorm tu sunyi je, asyik asyik suara
aku, timah, ielya and atin je yang memekak.
Zu kurang bercakap, dia banyak gelak je (dia bukan pemalu tau hahaha). Aku paling rindu nak makan sesama dengan korang semua, share makanan dari rumah, gelak gelak, pastu basuh bekas makanan sesama. Nasi lemak & sambal sotong mak
zu paling sodap siaaaaaa ! Asam pedas
atin pehhhh boik ! Brownies mak
ion fav aku hahahaha selalu minta lebih lebih sampai 5 lah, nasib baik
ion bagi hehehe. Tapi sekarang semuanya dah berbeza. Semua orang dah bawa haluan masing masing. Semua orang dah otw nak kejar cita-cita masing masing. Tapi satu je yang tinggal untuk selama-lamanya,
MEMORI !
Bukan senang nak dapatkan balik semua memori yang kita lalui. Aku gaduh dengan
atin sebab benda kecil je hahaha yang tu sumpah macam tah pape je tau. Cerita asal dia macam ni (
atin tak tahu kot aku marah dia sebab apa). Pakcik aku baru meninggal, esoknya tu aku balik asrama sebab hari jumaat ada ujian pertengahan tahun so cikgu minta aku balik awal. Nak taknak kena akur jela sebab ujian ppt tu penting untuk form 5 en. So balik tu aku terus gerak surau solat asar apa semua. Malamnya tu pula aku lepak depan locker aku check bahan sejarah paper 3 untuk ujian pagi esok.
Ielya pun datang lah tanya aku okay ke tak,
ielya pujuk aku jangan nangis lagi dah, focus untuk exam apa semua. Tetiba
atin datang dekat kitaorang cakap camni
"Eh buat tahlil tak ajak ke ?" Pehhh memang aku kuyak gila nak mati lah weh bila
atin cakap camtu.
Ielya pun terkejut gak,
ielya terus cakap
"atin tak baik lah". Aku memang dah diam je, sumpah aku sakit hati gila dengan atin. Malam tu juga aku tidur dorm
nana, ielya faham kenapa aku tak tidur dekat dorm malam tu.
Atin dengan muka tak bersalahnya dia pun buat tak tahu je. Lama-lama baru
atin perasan aku tak banyak bercakap, aku senyap, even locker kitaorang sebelah je aku still tak tegur
atin. Atin cakap dengan aku, aku jawab sepatah je hahaha.
Atin start rasa pelik plus sedih kot yelah aku tak layan dia macam dulu, cakap pun sepatah je, tak pandang pun muka atin hahahaaha.
Atin terus jumpa
nana, dia mengadu dekat nana kenapa aku jadi camtu. Aku ingat lagi soalan atin dekat nana
"weh kenapa jjang tak layan aku dah ? Tak kan lah disebab pakcik jjang meninggal, jjang terus berubah camtu" HAHAHAHA sorry
atinnnnn. Aku memang terasa hati gila dengan kau, kau pun terasa hati dengan aku sebab aku tak layan kau. Dah lah aku sebelah locker kau je pastu kau ni dah lah jenis suka pinjam barang aku, bedak lah, minyak wangi lah, share makanan lah, pinjam semua benda jelah. Kau peminjam barang aku yang setia tau selain
nana dan zatiy hahahahahaha. Seminggu lebih kot kita gaduh kan ? Ke 2 minggu ea ? Tapi aku rasa lama juga lah kita gaduh. Tht awkward situation tu peghhhhh payah siot lagi lagi locker sebelah sebelah je, katil aku atas kau je. Amende siot hahaha. Tapi tulah gaduh gaduh tu pun rasa serba tak kena tau, rasa tak lengkap je kalau tak cakap dengan kau. Aku cuba doh nak baik baik dengan kau tapi kau tu asyik annoying je tau. Dari mood nak baik tu terus tak jadi hahahaha. Lama lama salah faham tu hilang, ego pun dah rendah. Minta maaf each other, peluk nangis nangis apa semua. Maaf
atin buat kau sedih, buat kau rasa awkward. Sorry ! Next
Ielya pula. Siapa sangka budak baik macam ielya tu boleh gaduh dengan aku hahahaha. Aduhai yang ni yang paling kelakar lah kot sebab sebaik baik ielya tu pun aku boleh gaduh. Sebab kitaornag gaduh tu lagi lah tak masuk akal tauuuuu ! Cerita dia macam ni, aku memain je tau acah merajuk dengan
ielya. Aku lari ah bawa selimut tidur dorm
nana, pastu
ielya datang
dorm 3 nak pujuk aku. Aku ajak lah
ielya masuk pastu
nana pula datang join acah gaduh tu.
Nana terlepas cakap apa tah tapi ayat dia macam halau
ielya, padahal tak pun. So
ielya nangis teruk balik dorm berselimut taknak langsung tunjuk muka. Memang nangis teruk ah weh. Aku dengan serba salah ni peghhhhh macam tak percaya je boleh buat
ielya nangis tau. Aku rasa aku jahat gila sebab buat
ielya nangis. So esok tu
nana minta tak silap aku, aku pun tak berapa ingat sangat. Tapi aku paling ingat aku masuk je dorm aku buka locker apa semua langsung tak pandang
ielya, aku memang dapat rasa
ielya pandang aku tapi aku buat bodoh tak tegur dia apa semua. Dia pun ada ego juga kan. So masuk hari ketiga aku baru balik kelas time tu dah petang lepas asar camtu ah aku balik dorm, aku buka locker ambil barang pastu aku aku nampak
ielya pandang aku so aku acah geram en aku tutup locker kuat kuat pastu aku rasa dorang macam terkejut gak aku buat camtu. So aku balik dorm nak mandi petang pula en, aku buka locker nak buka baju apa semua tetiba
ielya panggil aku
"Jjang" dengan suara sedih dia. Adomakk mana tak lembut hati aku ni nak pergi pujuk dia balik bila dengar suara sedih gila nak mati dia tu. So aku tak pandang pun aku just jawab
"Apa". Pastu dia panggil lagi
"Jjang pandang lah sini", aku pun pandang lah jawab
"Apa". Ielya terus nangis hahaha aduyai sayu hati ni tengok dia nangis, dia cakap lah
"Makan lah kek ni mak aku buat" tapi aku tolak sebab aku dah kenyang pastu dia paksa
"Makan lahhhhh" sambil nangis tu marah aku suruh aku makan kek mak dia buat. Aku memang kenyang weh time tu tapi disebabkan taknak buat dia lagi sedih so aku ambil jela kek tu, sodap bhai mak ielya masak hehehe. Aku pun pujuk lah
ielya jangan nangis lagi dah, aku minta maaf tak cakap dengan dia 3 hari,
ielya bertambah nangis weh aduhai aku pula yang rasa nak nangis hahaha. Aku ada lagi sekali gaduh dengan dia tau time tu dah nak masuk minggu spm ke waktu trial ea. Hah lebih kurang camtu lah. Tapi yang kali kedua tu aku tak ingat sebab aku gaduh dengan dia. Aku paling terharu sangat weh bila dia datang pujuk aku dekat bilik gosok tu, sumpah weh aku rasa nak nangis bila dia tengok muka dia nangis pujuk aku balik dorm, dia suruh aku belajar dengan dia dekat dorm apa semua. Aku peluk dia kata aku tak marah dia pun, aku memang nak belajar dekat bilik gosok, cakap jangan risau apa semua baru
ielya berhenti nangis. And one more thing aku paling ingat lagi time akhir
form 4, aku dengan
ielya pagi pagi weekend tu kitaorang berdua akan pergi bagi ikan makan dekat kolam dekat dengan kantin tu. Bagi bunga lah, bagi biskut lah, bagi roti lah tapi paling kelakar kita bagi ikan tu makan nasi himpit hahaha yang bestnya tu ikan tu beria makan. Rindunyaa :(
Next is
Timah, Ya Allah budak comel yang kuat perasan ni aku rasa nak gigit je tau. Aku tak pernah gaduh dengan timah tapi kitaorang banyak ah buat bising dekat dorm tu. Asyik jerit jerit je hahaha tapi kitaorang bukan jerit macam orang gila tu, kitaornag jerit macam kitaorang ni acah tak nampak sesama sendiri.
"Jjang oohhhh jjang !" Pastu aku jawab lah
"Ye Timah !!" Timah pun jerit lah lagi
"Mana jjang ? Tak nampak pun" Hahahaaha aku layan jelah dia. Before pergi sekolah dia jerit, balik sekolah dia jerit. Aku pun syok jela layan dia en gelak gelak dengan
timah. Budak budak lain pun pelik je bila tengok kitaorang camtu hahahaah. Pastu paling kelakar time tu ada jamuan apa tah makan dekat asrama so ada lah vid dekat slide dekat dm tu tunjuk perkataan
FTF. Pastu tetiba
timah cakap
"Cuba jjang teka apa maksud FTF?" Aku pun puas ah fikir
FTF tu apa pastu
timah cakap
"FTF tu Fatimah The Fabulous" sambil gelak aduhai aku pun gelak besar juga lah lepas
timah cakap camtu. Lepas tu aku pun buat lah
JTG, Jang The Gojes. Aku suka panggil
timah; timun, timah panggil aku apa ea emm aku tak ingat sangat lah. Tapi aku ingat lagi aku acah acah gaduh dengan
timah sebab budak pedeg habis paper dulu dari budak kejuruteraan hahaha part gaduh habis paper awal tu aku takleh lupa.
Timah dengan ielya ni kan aduhai dorang punya ayat habis paper awal tu aku rasa nak jerit je tau hahaha hilang mood aku nak pergi sekolah. Rindu nak dengar
timah gelak and panggil nama
"Jjanggg ~~" :( Last sekali
Zu;
Zulaika. Budak lek ah
zu ni hahaha apa pun dia macam lek jela. Dia tak kesah sangat orang nak borak apa. And dia ni pandai bhai, time exam ppt aku kurang baca sejarah tau and aku study sejarah last minute so tak banyak benda yang aku study. Malam before paper sejarah aku nampak
ielya belajar dengan
zu. Zu banyak cerita pasal sejarah so
ielya pun ajak aku join dengar
zu cerita. Aku ni jenis tak boleh belajar bila dengar orang bercerita. Aku kena baca sendiri and faham sendiri tu kalau subject sejarah lah. Subject lain aku kena belajar dengan kawan. So aku taknak lah kecilkan hati
zu dengan
ielya, aku join jelah dorang. Aku dengar je
zu cerita, bila
zu buat
Q&A aku mula lah gelabah nak jawab sebab kan aku dah cakap tadi aku study sejarah aku takleh mendengar nanti aku lalai hahahah, so nasib baik lah aku time tu fokus sikit.
Ielya banyak gak jawab soalan
zu. Aku ada ah juga jawab yang mana aku dah belajar dulu. Alhamdulillah lepas habis exam sejarah tu balik je dorm lepak dengan
zu and ielya, cakap lah apa yang
zu cerita malam semalam masuk dalam exam. Aku gembira bila belajar dengan dorang. Thankyou cayunkkk ! And
zu yang paling aku ingat time akhir tahun
form 4 aku tidur sebelah katil kau. Malam tu malam weekend so kau ada tunjuk aku yang kau tahu main lagu 1D dengan lagu birthday guna phone. So kebetulan aku memang bawa phone, aku bagilah kau mainkan lagu tu guna yang tempat dail nombor tulah. Boleh tahan gak lah jadi tapi kau cakap lagi real kalau pakai phone keypad, sorry
zu aku bawa touch screen punya hahahaa. Pastu kau banyak bagi aku baca buku buku yang kau tulis, macam macam yang kau tulis dalam tu. Kekadang aku serba salah nak baca sebab takut tu privacy kau en. Tapi kau bagi je so aku pun selak lah satu satu. And guess what aku suka gila tengok kau melukis, sumpah naissss gila ! Cantik weh, macam kau tekap je tau gambar yang kau lukis tu tapi aku pernah tengok kau lukis depan depan memang lawa beb. And kau pandai gak en buat graviti yang macam
kinah buat tu.
Zu terima kasih ajar aku dalam pelajaran, and terima kasih juga selalu bagi nasi lemak sambal sotong mak kau yang sumpah sedap gila siot !!! Aku bagi
5 BINTANG ! Hmmm aku tak tahu lah dapat jumpa korang lagi ke tak lepas ni.
Atin yang kepoh, Ielya yang hati tissue, Timah suka gelak and FTF & Zu yang always cool plus suwegggg. Aku rindu korang sangat sangat. Tak tahu lah apa yang akan berlaku masa yang akan datang kelak. Aku ingat lagi aku ikut
timah and ielya pergi surau before buka puasa.
Timah kata
" Berdoa 10 minit before buka puasa inshaAllah doa kita termakbul" Aku tak tahu lah kenapa ayat
timah tu terkesan sangat dekat aku. Terima kasih
timah & ielya :') Terima kasih juga
atin & zu :') Terima kasih untuk semua memori tu. Kalau rasa terlupa apa yang kita buat bersama, baca lah balik blog aku. Ada lah sikit kenangan yang korang boleh ingat balik nanti hihi. Nanti korang dah berjaya jangan lupa aku. Kalau boleh jangan lah lupakan aku hahaha. Nak kawin tu ajak aku juga, nak upah jadi pengapit boleh hahahaha. Make up nanti boleh panggil
zu. Nak penyanyi boleh panggil
atin. Nak makanan yang sihat boleh panggil
timah. Nak yang tersusun boleh panggil
ielya.
HIHI SAYANG KORANG ! *aku dah nangis takleh stop pula hah* Jaga diri korang baik baik tau.
Timah kata nak kurus kan nanti jumpa aku balik mesti dah kurus macam model tau.
Ielya please makan banyak ye, kalau rasa tak cukup makanan call aku terus nanti aku delivery makanan untuk kau.
Atin capaikan bodygoals kau, kalahkan aku hahaha and jadi penyanyi nanti pls lah buatkan lagu untuk aku tau.
Zu jadikan make up tu sebagai pekerjaan kau yang kedua tau. Aku suka style makeup kau, cantik weh. Boleh lagi tu touch up skill make up kau nanti pape hal boleh aku roger kau and jangan lupa promote lah weh nasi lemak mak kau tu. Sumpah sedap gila wehhhh, sambal sotong mak aku tu aduhaiii craving gila ni hm. Apa pun yang berlaku share lah ye, kalau tukar number tu cepat cepat roger balik bagitahu. Jangan senyap je tau :') Aku minta maaf sebab selalu cari pasal dengan korang. Sumpah aku rindu nak pergi dm sama sama, makan sama sama. Aku minta maaf sebab tak dapat jadi kawan yang baik untuk korang. Aku minta maaf sebab tak banyak luangkan masa sama sama. Aku minta maaf sebab selalu pentingkan diri. Aku minta maaf sebab selalu timbulkan masalah. Jangan bencikan aku tau sebab aku sayangkan korang sangat :')